Thursday, March 19, 2009

Semalam, ketika saya sedang mencari beberapa maklumat di Internet, tiba-tiba datanglah satu pemikiran kepada saya untuk mencari keyword 'isncylingteam'. Agaknya, masyhur tak nama "isncyclingteam" tersebut. Apa lagi, dengan menggunakan rakan karib, iaitu En Google, maka saya pun mendapati bahawa nama 'isncyclingteam' itu adalah tidak begitu terkenal, namun...

...ada di USA. Ada satu team lumba basikal amatur yang telah menggelarkan diri mereka, ISN Cycling Team. Ceh!

Mungkin, satu hari nanti kita boleh berlumba dengan ISN Cycling Team dari USA ini. Khabarnya, berada di California :)

1 comment:

  1. Bro, dah lama kita tinggalkan weekly cycling activity. Akibat sibuk menunggu kelahiran cahaya mata kedua sehingga alpa rupanya cahaya mataku itu sudah berusia 5 bulan. Memang agak panjang masa itu aku tinggalkan. Teruja rasanya menyusuri jalan-jalan di Putrajaya ketika malam menjelma. Lepas Maghrib. Berfalsafah la pula. Apa-apa pun aku tetap rindukan masa itu. Kawan-kawan tunggu ketibaan aku di arena berbasikal. Harap semua tabah menunggu aku yang akan tertinggal di belakang. Hehehe...Hidup ISNcycling Team Msia....

    ReplyDelete